Masalah Budaya Orang Melayu
Nama pun melayu, itu yang sentiasa layu agaknya. Sepanjang kehidupan ini di
negara ini kalau dibuat perbandingan dalam banyak segi lebih-lebih lagi dengan
bangsa Cina maka kita akan dapat melihat perbezaan yang ketara. Meskipun tampuk
pemerintahan dan politik di negara ini diterajui oleh orang melayu tetapi
hakikatnya dari segi ekonomi, perniagaan, kewangan, pendidikan dan sebagainya
mereka yang menguasai. Bolehlah dikatakan yang ekonomi mereka 3 kali lebih
kukuh dari ekonomi kaum Bumiputera di negara ini.
Mereka menguasai rantaian perniagaan dari yang kecil hingga yang ke besar,
pegangan saham, hartanah dan sebagainya semuanya dikuasai mereka. Mereka
berniaga dalam pasaraya-pasaraya yang besar dan mewah sedangkan orang kita
terpinggir berniaga di malam hari di gerai-gerai sementara yang terletak di
uptown-uptown atau pasar-pasar malam di seluruh negara. Mereka tinggal di
rumah-rumah besar dengan kenderaan mewah di daerah utama di tengah bandar
tetapi orang kita pula tinggal di pangsapuri-pangsapuri kos rendah jauh di
pinggir bandaraya.
Bila menjalankan
perniagaan, bila kita memilih kontraktor melayu, maka kerja akan disiapkan
dalam masa yang lambat, dengan kos yang lebih tinggi dan dengan kualiti yang
lebih rendah kalau dibandingkan dengan bangsa Cina. Mana taknya, kerja yang dijalankan
sedikit dah nak rehat, nak minum nak mc, nak cuti dan sebagainya. Pelbagai
alasan yang dikeluarkan untuk tidak menyiapkan kerja tersebut. Bagi si Cina pula
mereka faham yang masa itu emas. Mereka menyiapkan kerja dengan cepat dan
tangkas supaya mereka punya masa untuk menjalankan kontrak kerja yang lain
pula. Pengalaman menjadikan kualiti kerja mereka lebih baik, berkualiti dan
terkini tidak seperti peniaga melayu yang statik dan tidak melakukan perubahan.
Kos juga meningkat dengan kelambatan dalam menyiapkan kerja yang sepatutnya.
Mungkin ada yang marah
dengan kenyataan FY ini tapi itulah hakikat yang dapat kita lihat dewasa ini.
Pun begitu tidak dinafikan ada segelintir melayu yang sedar akan keadaan ini
dan melakukan perubahan. Mereka inilah golongan yang berbeza, golongan yang
berjaya.
Jadi, siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?
Mungkin juga sistem “segregate and rule” atau asing dan perintah yang
dipelopori penjajah dahulu telah membentuk generasi melayu yang kita lihat
dewasa ini. Sistem yang mengasingkan kaum Melayu di kampung, kaum Cina di bandar
menjalankan perniagaan dan kaum India di ladang-ladang menyebabkan keadaan ini
berlaku. Waktu itu boleh dikatakan semua kontrak diberikan kepada kaum Cina,
bank dibuka, pelbagai syarikat tumbuh bagai cendawan dan keadaan ini
meningkatkan ekonomi mereka secara keseluruhannya. Kaum melayu pula
ketinggalan, ketinggalan dari semua segi.
Kita dapat lihat dewasa ini tatkala kebanyakan anak muda orang melayu berada
dalam sektor penggajian, orang Cina pula berada dalam sektor perniagaan dan
kemahiran. Bapa makan gaji, anak belajar cari ijazah makan gaji juga dan
begitulah seterusnya tidak seperti bangsa Cina yang menjalankan perniagaan dan
anaknya pula meneruskan legasi dan mengembangkan perniagaan menjadi lebih besar
dan kukuh.
Mungkin juga budaya orang melayu dengan kata-kata seperti “dah nasib
badan...” atau bidalan “kalau rezeki secupak takkan jadi segantang...” mungkin menjadi
pegangan kita selama ini menyebabkan kita jadi begitu?
Mungkin juga kita akan berkata kaum mereka berbeza. Mereka tak ada hukum
hakam, duit adalah tuhan mereka. Mereka menipu dalam menjalankan perniagaan dan
sebagainya, sebab itulah mereka boleh berjaya.
Kita boleh sahaja menuding jari menyalahkan orang lain, kita boleh sahaja
mencari seribu alasan untuk menyokong kegagalan diri kita tetapi sedarilah yang
mereka juga manusia. Mereka juga seperti kita punya tulang empat kerat, satu
kepala, satu otak.
Sebenarnya salahnya terletak kepada diri kita sendiri. Kita yang tak
menggunakan sumber yang dikurniakan kepada kita dengan secara yang optium. Kita
tidak menggunakan masa dengan betul. Pengisiannya banyak yang merapu dan
sia-sia. Kita lebih suka melepak dan membuang masa. Kita tak guna anggota dan
pencaindera bekerja dengan gigih dan dengan cara yang berkesan. Kita tidak
menggunakan otak untuk meningkatkan ilmu, berfikir akan kaedah-kaedah
perniagaan yang boleh membawa kejayaan kepada kita.
Selain itu kebanyakan kita di negara ini merupakan penganut ugama Islam.
Prinsip dalam Islam juga boleh membawa kejayaan baik di dunia mahupun di
akhirat. Islam menganjurkan kemajuan dan kejayaan sepertimana yang kita lihat
dalam sejarahnya. Ia menggalakkan kita menjadi insan yang rajin bekerja, insan
yang membawa manfaat kepada yang ramai, insan yang mengeluarkan zakat dan
membantu orang lain dan sebagainya. Dalam pada itu kita ada kuasa doa lagi. Doa
adalah senjata orang Islam. Doa yang bersifat ghaib dan kalau kita percaya
dengan kekuasaan Allah Taala, maka tiada sebab untuk kita gagal. Kita gagal
kerana kita tak mencuba sedaya upaya, kita gagal kerana kita putus asa di
tengah jalan.
Jadi dalam hal ini kita sebenarnya tak ada alasan. Kegagalan berpunca dari
diri kita sendiri yang nak mudah, pemalas, tidak suka mencari ilmu, dengki
dengan rezeki orang lain dan sebagainya. Ubahlah! Kalau orang lain boleh
berjaya kenapa pula kita tak boleh berbuat demikian?
Setiap hari kalau kita ketuk pintu yang sama kita akan mendapat hasil yang
sama. Apa kata hari ini kita ketuk pintu yang berbeza pula, InsyaAllah FY yakin
hasilnya akan berbeza juga.
No comments:
Post a Comment